KUALA LUMPUR, 16 Jun – Kebajikan pemandu atau kebajikan pelanggan yang mana perlu lebih diutamakan? Menurut Datuk Shamsubahrin kebanyakan perkhidmatan “e-hailing” seperti “Grab” dan “MyCar” lebih mementingkan kebajikan pelanggan daripada pemandu.

“Kerja dengan ‘Grab’ kene kerja lebih dari 12 jam untuk dapatkan target sebab harga dia rendah kerana ‘Grab’ punya konsep dia mendahulukan customer dan menderitakan pemandu.”

“Masyarakat perlu faham, pemandu mereka perlu keluar pagi-pagi untuk ambil penumpang. Minyak kereta sambil tunggu penumpang perlu diambil kira. Tapi dapat penumpang hanya pergi KLCC ke Bukit Bintang takkan nak minta RM6?”

“Grab dia tak peduli, dia kata ‘customer always right.’ Tetapi di dalam Big Blue, kita ada lebih daripada 2 juta pelanggan dalam masa 10 years dan lebih daripada ratusan ribu orang menggunakan aplikasi kami. Jadi kami tidak perlu risau kerana pemandu dan pengguna mendapat keistimewaan yang sama walaupun kami mengikut harga teksi bermeter.”

“Grab” mereka menawarkan harga yang murah kepada pelanggan tanpa ambil peduli kualiti servis yang diberikan. Tapi kita tidak, kita lebih mementingkan segala aspek kualiti yang disediakan.” Katanya sewaktu ditemu bual.


Sehubungan dengan itu, Datuk Shamsubahrin Ismail turut menegaskan supaya kerajaan menyelaraskan semula harga perkhidmatan ‘e-hiling’ mengikut harga teksi bermeter supaya tiada mana-mana diskriminasi antara pengguna dan pemandu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here