KUALA LUMPUR – Pandemik COVID-19 telah menyebabkan banyak syarikat di seluruh dunia mengambil inisiatif untuk mengurangkan jumlah pekerja dalam syarikat mereka. GRAB antara salah satu syarikat yang turut terjejas dalam kemelut ini. 

Isu ini telah  membuka mata Datuk Shamsubahrin Ismail untuk membuka peluang perkerjaan kepada kakitangan  GRAB yang telah diberhentikan. Hal ini kerana, Datuk Shamsubahrin Ismail menyatakan bahawa beliau berhasrat ingin membantu masyarakat dan juga kakitangan yang telah diberhentikan pekerjaan.

“Saya mengambil inisiatif ini demi untuk membantu masyarakat dan kakitangan yang telah diberhentikan oleh syarikat-syarikat besar seperti GRAB yang tidak bertanggungjawab.”

Datuk Shamsubahrin Ismail turut menyatakan rasa ketidak puasan hati apabila mendapati GRAB membuat satu keputusan yang tidak munasabah untuk memberhentikan sebahagian daripada kakitangan mereka. 

“Hanya disebabkan masalah ekonomi yang berlaku selama 4 bulan ini telah menyebabkan perniagaan mereka jatuh. Mereka mengambil keputusan yang tidak munasabah memberhentikan seramai 360 kakitangan. 

Beliau yakin bahawa kakitangan GRAB yang diberhentikan ini mempunyai kualiti tersendiri untuk mengembangkan lagi platform baharu di Big Blue Berhad dengan kemahiran yang mereka ada di syarikat sebelumnya.

Tambahnya, mereka yang memohon akan dinilai dari segi kelayakannya Dan perhonan turut dibuka kepada semua kakitangan syarikat e-hailing lain yang turut diberhentikan.

By, Junaidah Ayu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here