KEAJAIBAN SARANG BURUNG WALIT

0
96

Penggunaan sarang burung walit sebagai makanan tambahan untuk kesihatan telah menjadi tradisi dalam masyarakat cina sejak zaman dahulu lagi. Namun, oleh kerana khasiatnya yang banyak.

Permintaan sarang burung walit semakin menigkat dari hari ke hari. Penuaian sarang burung walit telah menjadi satu industri perladangan yang diusahakan secara besar-besaran serta dapat memberi pulangan yang sangat lumayan sehingga mencecah harga RM15,000 – RM20,000 per kilogram. Sarang burung walit juga merupakan antara produk daripada haiwan termahal di dunia yang digunakan oleh manusia selain daripada sirip ikan yu dan gamat.

Sarang burung walit yang dihasikan melalui cecair air liur mereka mengangandungi pelbagai khasiat bagi tubuh badan manusia. Antara khasiat yang dibekalkan oleh sarang burung walit ialah ia membekalkan tonik yang dapat meningkatkan tahap kecekapan organ dalam badan manusia termasuk menghilangkan masalah gastrik, asma, batuk, meningkatkan sistem imunisasi badan, merawat luka dan pembedahan dengan pantas serta meningkatkan tenaga dan metabolisma badan.

Satu daripada empat kandungan karbohidrat utama terdapat dalam sarang burung walit ialah Asid Sialik, iaitu terdapat dalam susu badan manusia dalam kepekatan yang tinggi dan merangsang penghasilan susu badan ibu. Ekstrak sarang burung walit juga mengandungi hormon yang meransang sistem imunisasi manusia serta meningkatkan penghasilan sel stem manusia.

Tidak hairan jika pada masa kini permintaan terhadap sarang burung semakin tinggi dari hari ke hari. Hal ini kerana, dengan khasiat didapati di dalam sarang burung ia dapat mengekalkan kesihatan luaran dan dalaman tubuh badan.

By, Junaidah Ayu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here