TREND PAKAIAN MUSLIMAH

0
141

Evolusi pakaian muslimah dianggap sebagai fesyen paling selamat untuk diperagakan kerana ia menutupi keseluruhan aurat wanita muslimah. Selari dengan aliran fesyen global yang berkembang pesat, fesyen muslimah turut melalui proses perubahan dengan permintaan yang menggalakkan.

Shayaan Venture pengeluar pakaian muslimah, menyediakan pelbagai jenis rekaan di busana mereka yang lengkap dari hunjung rambut sehingga hujung kaki seperti tudung, baju, seluar dan skirt. Variasi rekaan yang pelbagai merupakan daya tarikan utama Shayaan Venture. Memfokuskan rekaan kepada pakaian wanita Islam yang sesuai untuk semua golongan termasuk mereka yang memakai purdah.

Abid Ali, pemilik Shayaan Venture antara pengusaha yang berani memecah tembok fesyen Islamik di Malaysia dengan mengetengahkan rekaan suntikan moden dan tradisional Melayu.

Bukan sahaja menyediakan pelbagai fesyen muslimah tetapi mereka juga merupakan pembekal pakaian muslimah kepada para peniaga yang ingin menjual pakaian muslimah.

Shayaan Venture memberikan kepuasan, keselesaan yang sudah pasti menepati syariat Islam. Bagi memudahkan para pelanggan mendapatkan pakaian muslimah yang dibekalkan oleh Shayaan Venture mereka boleh dapatkan pakaian tersebut dengan cara yang lebih mudah di allhalal.com.my.

By, Junaidah Ayu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here