Telah tercatat di dalam diari setiap insan pasti mempunyai ujian tersendiri. Tetapi ketahuilah bahawasanya setiap ujian yang mendatang pasti terselit sebuah keindahan yang nyata.

Lumpuh separuh badan sejak usia belasan tahun bukanlah suatu penghalang bagi Noor Lizah Salman, 52, untuk berjaya dalam kehidupannya. Pada tahun 2017, beliau pernah mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai Pemenang Pingat Emas Para ASEAN acara bowling “ten pin”. Bukan sahaja berbakat dalam sukan, beliau juga merupakan seorang pengusaha kuih raya di Urban Transformation Centre (UTC) Keramat Mall.

Tidak pernah menyangka perniagaan kecil-kecilan yang bermula dari rumah kini telah menjadi sumber pendapatan utama buat dirinya dan keluarga.

Bermula dengan dua jenis kuih raya sahaja, kini beliau telah berjaya menghasilkan 17 jenis kuih raya untuk dibekalkan kepada para pelanggan.

Sokongan daripada keluarga dan rakan terdekat merupakan kunci utama kejayaan beliau dalam meneruskan perusahaan Bonda Liezda ini.

Kisah kejayaan Noor Lizah sememangnya perlu dicontohi oleh setiap individu untuk tidak mudah berputus asa dalam kehidupan. Hal ini kerana, sesiapa sahaja yang berusaha pasti akan berjaya tanpa mengira kemampuan diri.

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan kuih dan biskut raya dari Bonda Liezda boleh menghubungi talian 014-610 8677 ataupun melayari laman web www.allhalal.com.my.

By, Junaidah Ayu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here