Jika dahulu aktiviti jual beli dilakukan secara langsung antara dua pihak di kedai mahupun di pasar. Namun kini, aktiviti tersebut  menjadi lebih mudah dengan melakukan perniagaan secara digital. Perniagaan digital adalah aktiviti jual beli yang dijalankan secara atas talian melalui internet.

Perniagaan digital ini dilihat lebih mudah kerana pembeli hanya perlu membuat pesanan melalui internet dan akan terus disalurkan kepada penjual. Aktiviti pembayaran juga lebih ringkas dengan menggunakan perbankan internet seperti kad kredit, paypal dan sebagainya. Seterusnya penjual akan terus menghantar barang tersebut ke alamat pembeli melalui pos atau secara terus. Secara tidak langsung, pembeli telah membeli barang yang diperlukan tanpa perlu membazirkan masa untuk pergi membeli di kedai atau pasaraya.

Terdapat pelbagai jenis platform dalam talian bagi memudahkan lagi urusan jual beli. Antaranya platform Allhalal yang menyediakan pelbagai jenis produk dan servis yang diyakini halal kepada para pengguna di laman web Allhalal.

Selain daripada itu, produk pertanian dan penternakan juga turut disediakan di platform Allhalal. Oleh itu, pengguna tidak perlu risau dengan status halal dan kesucian sesuatu produk penternakan seperti daging lembu, daging ayam dan sebagainya kerana semua produk di Allhalal telah dijamin halal dan kesuciannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here