TIDAK PERLU MEMAKAI PELITUP MUKA DI DALAM KENDERAAN PERSENDIRIAN

0
98

Individu yang menaiki kenderaan persendirian tidak akan dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut beliau, jika ada diantara mereka yang telah membayar kompaun tersebut di pejabat kesihatan mereka boleh menuntut semula wang berkenaan kerana kompaun tersebut telah dibatalkan

Selain itu, masyarakat tidak perlu risau kerana pihak polis masih lagi mempunyai budi bicara untuk mengeluarkan kompaun berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Begitu juga bagi mereka yang berada di tempat awam yang luas dan mampu melakukan penjarakan social mereka tidak perlu dikenakan kompaun. Hal ini kerana, pemakaian pelitup muka diwajibkan bagi kawasan yang sesak dan penggunaan pengangkutan awam.  

Beliau turut menekankan, kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah juga tidak diwajibkan memakai pelitup muka kerana dikhuatiri boleh menyebabkan mereka lemas.

Katanya, ibu bapa perlu memainkan lebih bertanggungjawab dengan tidak membawa anak yang masih kecil di tempat awam yang sesak bagi mengelakkan mereka mempunyai risiko yang tinggi.

By, Junaidah Ayu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here