Kejadian dua letupan kuat yang berlaku di Beirut semalam telah mengakibatkan 73 orang terkorban manakala lebih 2,000 orang dipercayai cedera  di dalam insiden itu.

Letupan yang berlaku kira-kira jam 6 petang (waktu tempatan), telah menyebabkan seluruh kawan pelabuhan tersebut musnah dan menyebabkan kerosakan pada beberapa buah bangunan yang berada di kilometre berdekatan. Selain itu, kediaman bekas Perdana Menteri, Saad Hariri turut musnah serta mengalami kerosakan teruk.

Letupan kedua menyebabkan bola api ke udara yang turut menggegarkan bandar, menyebabkan pecahan tingkap tersebar ke beberapa kilometer. Gegaran letupan tersebut turut dirasai sehingga ke Cyprus yang berada 200 kilometer dari lokasi kejadian.

Ini menyebabkan kebanyakan daripada mereka menyangkakan insiden itu adalah gempa bumi.

By, Junaidah Ayu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here